Pelakon Ozlyn yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai Johara, Johan mengesahkan yang dirinya kini hamil lima bulan. Ozlyn sebelum ini tak mahu menghebohkan kandungan kerana ingin pastikan kandungan betul-betul kukuh dan juga mengikut nasihat doktor.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini.
“Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018,” katanya kepada Astro Gempak.
Ozlyn juga memberitahu di laman Instagramnya, kandungan kali ini membuatnya mengalami morning sickness.
Tahniah dan semoga dipermudahkan urusan kehamilan anak kelima ini.
