Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Isteri Kesal Ammar Alfian Enggan Cerai Meskipun Dah Setahun Tak Bersama

Isteri kepada pelakon Ammar Alfian iaitu Nelissa Nezam telah meluahkan rasa kesal apabila suaminya itu menolak permohonan cerai yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada Januari lalu.

isteri kesal ammar alfian enggan cerai meskipun dah setahun tak bersama

Advertisement

Memetik laporan dari mstar, Nelissa berkata beliau tidak tahu apa sebenarnya niat suaminya itu dan menyifatkan ia akan merumitkan lagi keadaaan.

isteri kesal ammar alfian enggan cerai meskipun dah setahun tak bersama

Nelissa juga berkata, mereka juga sudah tidak lagi bersama sejak setahun lalu dan baginya mereka berdua sudahpun tidak mempunyai apa-apa hubungan.

Isu rumahtangga pasangan ini menjadi perhatian ramai selepas Nelissa membongkarkan dakwaan suaminya berlaku curang.

pelakon paskal, ammar alfian didakwa curang ketika isteri sedang hamil?

Ammar dan Nelissa juga telah mendirikan rumahtangga pada Mac 2016 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Kyro Shakur yang berusia satu tahun.

Sumber: mstar

ERA Muzik Hit Terkini