Skip to main content

Advertisement

Hiburan

''Tahun Depan Dah Berempat..,'' Tahniah! Isteri Rody Kristal Kini Hamil 33 Minggu

Isteri kepada penyanyi Rody daripada kumpulan Kristal yang juga merangkap penjaga gol futsal kebangsaan, Niena Azman kini sedang hamil 33 minggu.

Niena atau nama sebenarnya Nur Izwani Azman menerusi update dilaman Instagram, berkongsi momen-momen indah hamil anak kedua mereka.

Advertisement

"Mask on, tak boleh nk beraya. Bestnye tengok gambar-gambar orang pergi beraya.. harap dapat la beraya tahun depan.. fuh! next year dah berempat.

"En.Mi pulak busy, xpe la rezeki die.. almost one week die takde masa utk kte kn Adith. Ok bye!", tulis Niena pada ruangan kapsyen.

Terdahulu, Niena telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin pada 27 April 2018, dan dikurniakan seorang putera sulung pada 14 Januari 2019.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini