Pelakon segak Remy Ishak mengumumkan isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Berita gembira itu dikongsi di Instastory, Remy atau Mohammad Zalimei Ishak yang memaklumkan bayi selamat dilahirkan pada 11.17 pagi tadi.
Advertisement

"Assalamualaikum, Alhamdulillah isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur," katanya.
Remy turut memaklumkan isteri dan anaknya dalam keadaan yang sihat sekali gus berterima kasih atas doa orang ramai terhadap mereka.
“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih,” tambah Remy.
Sebelum ini Remy pernah memuat naik video isterinya berada di katil hospital dan memaklumkan Ezza akan melahirkan pada bila-bila masa.