Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Sampai Berjumpa Lagi Bebinyo’ - Isyana Sarasvati Kongsi Alami Keguguran

Penyanyi popular Indonesia yang popular dengan lagu hit ‘Tetap Dalam Jiwa’ berkongsi khabar duka kepada umum di laman media sosial peribadinya tentang keguguran.

Menerusi gambar yang dimuat naik adalah bunga mawar yang layu menggambarkan kesedihan dan gambar ultrasound janin.

Advertisement

Sampai berjumpa lagi bebinyo.. Terima kasih sudah mau berjuang bersama-sama. We’ll see you again’ tulis Isyana di kapsyen.

Rakan selebriti seperti Rossa, Acha Septriasa dan ramai lagi turut memberikan kata-kata semangat buat Isyana.

Semoga terus kuat dan segala urusan dipermudahkan.

ERA Muzik Hit Terkini