Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jackie Chan Tawar Wang 1 Juta Kalau Ada Sesiapa Berjaya Buat Penawar Coronavirus

Bintang aksi, Jackie Chan telah membuat tawaran ganjaran 1 juta Yuan (kira-kira RM587,709) kepada sesiapa yang berjaya menghasilkan penawar bagi wabak coronavirus.

jackie chan tawar wang 1 juta kalau ada sesiapa berjaya buat penawar coronavirus

Menerusi aplikasi Weibo, bintang tersebut meluahkan rasa prihatinnya terhadap epidemik koronavirus yang melanda China dan dunia ketika ini.

Advertisement

“Sains dan teknologi adalah kunci utama untuk mengekang gejala berkenaan. Saya percaya semua orang pun beranggapan begitu.

“Tidak kira mana-mana individu atau organisasi yang berjaya menghasilkan penawar koronavirus, saya mahu berterima kasih kepada mereka dengan jumlah 1 juta yuan,” katanya.

jackie chan tawar wang 1 juta kalau ada sesiapa berjaya buat penawar coronavirus

Jackie Chan juga memberitahu niatnya itu bukan soal duit, sebaliknya ia lebih daripada itu.

“Ini bukan soal duit. Saya tidak mahu lagi melihat jalan-jalan yang semakin sepi dan rakan-rakan senegara saya berperang dengan virus itu sehingga ada yang sudah terkorban sedangkan mereka patut menikmati kehidupan,”, kata Jackie Chan sambil mendapat sokongan daripada orang ramai.

Sumber: Straits Times

ERA Muzik Hit Terkini