Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jangan Bandingkan Hasil Kerja Saya Dengan Yang Lain...

PETALING JAYA - Datuk Awie baru-baru ini telah mengeluarkan sebuah filem sulung arahannya sendiri, Rebel: Berontak untuk berontak dengan filem terbitan syarikat produksi gergasi dan berbajet berlipat kali ganda.

jangan bandingkan hasil kerja saya dengan yang lain...

“. Begitulah situasi dilalui penyanyi rock yang kini bergelar pengarah. Awie yang juga vokalis kumpulan Wings berkata”, tidak adil untuk membandingkan filemnya itu dengan naskhah yang kos pembikinannya berbajet mewah 

Advertisement

 

“Saya sudah hasilkan yang terbaik mengikut kemampuan dengan kekangan bajet sedia ada,” katanya.

Mengulas mengenai bajet, kata Awie, dia mengarahkan filem Rebel mengikut kapasiti dan peruntukan bajet disediakan produksi.

“Bajet filem Rebel sederhana berbanding filem lain yang memperuntukkan bajet berganda lebih besar.

“Saya mengarah filem ini mengikut peruntukan bajet, bukannya syok sendiri dan itulah hasilnya. Takkan saya nak buat dengan terlebih bajet pula?

“Kalau dapat bajet lebih besar, mungkin macam-macam benda saya boleh buat,” katanya.

Bagaimanapun, kata Awie, dia tidak akan patah semangat untuk terus berkarya walau apapun maklum balas diterima daripada penonton mengenai filem Rebel.

ERA Muzik Hit Terkini