Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Siapa Yang Cuba Follow, Saya Block - Nedim

siapa yang cuba follow, saya block - nedim

Kredit gambar utama : Instagram @boss_ned

Advertisement

Jika sebelum ini sehari selepas Ney Ney dilahirkan terus ada akaun fake Instagram. Namun, Nedim menegaskan yang dia telah membuka akaun Instagram rasmi untuk anaknya itu, Mohamed Neyqal Nedim namun iainya bukanlah akaun publik. 

Nedim tak teragak-agak untuk block sesiapa sahaja yang mencuba untuk follow akaun tersebut. 

"Ya, memang itu dia punya (akaun). Tetapi ia (akaun) peribadi untuk Ney Ney nanti. Apabila sudah besar, saya akan bagi pada dia, bukan untuk umum. Saya cuma simpankan untuk dia, jadi tak perlu ikut akaun ini.

"Ney Ney tidak akan ada akaun yang akan dibuka kepada umum. Sesiapa yang cuba ikut saya sekat. Harap faham," tulisnya membalas komen yang bertanyakan mengenai kesahihan akaun berkenaan.

Nedim juga menegaskan ia terpulang kepada anaknya sama ada untuk menjadi 'public figure' atau tidak apabila dah dewasa nanti. 

siapa yang cuba follow, saya block - nedim

Sumber: BH Online

ERA Muzik Hit Terkini