1 Malaysia tahu mengenai hubungan Janna Nick dan pelakon kacak, Dini Schatzmann. Namun baru-baru ini Janna Nick telah memuat naik status berkenaan hubungannya dengan aktor kacak Dini Schatzmann seakan telah berakhir dan mengundang pertanyaan peminat adakan mereka sudah putus atau sekadar konten.
Advertisement
Menerusi muat naik tersebut, peminat dan pengikut Janna Nick di Instagram beranggapan hubungan Janna bersama Dini telah berakhir dan post tersebut diajukan kepada Dini.
Selain itu, apabila melihat ruangan “following” di Instagram Janna Nick, dilihat seperti Janna telah membuang Dini Schatzmann sebagai pengikutnya dan gambar-gambar mereka bersama turut tiada di laman Instagram Janna.
Pelakon dan penyanyi tanah air itu juga telah menutup ruangan komen di muat naik terbarunya dan menulis bahawa dia mendoakan yang terbaik untuk kebahagian seseorang.
Sebelum ini, Janna Nick juga memberi bayangan kepada pengikut dan peminatnya apabila beliau memuat naik video TikTok dengan menulis seperti sudah kembali ‘single’ setelah meninggalkan kapsyen tersebut di salah satu posting yang dibuat.
@jannanickofficial Ada yang lahir 1995?
♬ original sound - ki