Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Kisah Dikritik, Janna Nick Tetap Mahu Menyanyi

tak kisah dikritik, janna nick tetap mahu menyanyi

Sumber: Bharian

Advertisement

Selepas single Mungkin Saja, Janna Nick kembali muncul dengan single kedua Akan Bercinta untuk jadi OST drama My Coffee Prince. Walaupun terus-terusan dikritik oleh netizen kerana vokalnya, Janna tetap mahu meneruskan minatnya untuk menyanyi. 

"Komen dan kritikan bukan halangan untuk saya meneruskan penghasilan single. Lagu Akan Bercinta ciptaan Aepul Roza adalah lambang semangat yang tak mungkin dapat digugat.

"Kalau nak ikut cakap orang yang mempertikaikan itu dan ini, mungkin saya akan berada di tempat yang sama selama-lamanya.

"Jadi lebih baik saya terus lakukan sesuatu yang positif seperti diharapkan peminat," katanya kepada BH Online.

Janna juga berdepan dugaan untuk pembikinan single ini kerana dia dimasukkan ke hospital hari sepatutnya rakaman dijalankan hingga terpaksa masuk studio tiga kali kerana suaranya masih kasar. 

"Boleh dikatakan saya masuk studio tiga kali namun ketika itu suara agak kasar disebabkan sakit. Kemudian kami juga hanya ada masa tiga hari untuk menyiapkan dua klip muzik," katanya yang juga di bantu Michael Ang. 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini