Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jasmin Hamid Kena Serangan Jantung, Degupan Jantung Di Tahap Rendah

Pelakon tanah air, Jasmin Hamid dilaporkan berada di Unit Rawatan Koronari (CCU) apabila mengalami serangan jantung.

Nazmir Abd Rahman selaku suami Jasmin berkongsi perkhabaran duka tersebut menerusi hantaran di akaun Instagram milik isterinya.

Advertisement

jasmin hamid kena serangan jantung, degupan jantung di tahap rendah

Berusia 48 tahun, pelakon versatil tersebut mengalami serangan jantung buat pertama kali semalam sehingga perlu dikejarkan ke hospital.

“Saya suami Jasmin nak beritahu keadaan terkini Jasmin.

“Sekarang dia berada di wad CCU, bukan ICU (Unit Rawatan Rapi) kerana serangan jantung semalam,” katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Malah, Nazmir juga memaklumkan sejarah keluarga isterinya ada masalah sakit jantung.

Setakat ini, tekanan darah dan degupan jantung Jasmin berada pada tahap yang agak rendah.

Doktor juga terpaksa memberikan bantuan ubat untuk mengepam aliran darah ke jantung Jasmin.

Dia berharap agar semua pihak dan para peminat dapat mendoakan kesejahteraan buat isterinya serta sembuh.

Sumber: Astro Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini