Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jenazah Wartawan Hiburan Siti Nor Hafiza Akan Tiba Esok

Allahyarham Siti Nor Hafiza Kamarudin, seorang wartawan hiburan Malaysia yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 28 Disember lepas di Hospital Charing Cross, London dijangka akan tiba di tanah air esok.

jenazah wartawan hiburan siti nor hafiza akan tiba esok

Berita tersebut dimaklumkan oleh suaminya menerusi WhatsApps yang menjelaskan jenazah akan berlepas dari London dengan menaiki pesawat MH0003 hari ini dan dijangka akan tiba di KLIA pada 7.15 pagi esok.

Advertisement

"Jenazah akan dibawa ke Masjid Jamek Kampung Baru sejurus selesai urusan di KLIA untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Raudathul Sakinah, Taman Selasih, Jalan Kuala Lumpur-Karak" katanya.

Semoga segala urusan dipermudahkan. 

Sumber Awani

ERA Muzik Hit Terkini