Foto: Instagram
Jennie dari kumpulan BLACKPINK, yang kini mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang artis solo paling berpengaruh di dunia, disahkan bakal membuat penampilan di Melon Music Awards 2025 (MMA 2025).
Advertisement
Melon, di bawah Kakao Entertainment, mengumumkan kehadiran Jennie dalam barisan akhir artis yang akan tampil di acara berprestij itu pada 20 Disember di Gocheok Sky Dome, Seoul.
Tahun 2025 menjadi detik penting dalam kerjaya solonya selepas Jennie melancarkan album penuh pertamanya, Ruby. Album tersebut bukan sahaja menampilkan identiti muzik yang lebih matang, malah menerima pujian luas daripada media antarabangsa, sehingga disenaraikan sebagai antara ‘Album Terbaik 2025’.
Lagu utamanya, like JENNIE, turut mencuri perhatian peminat global dengan lirik penuh keyakinan serta persembahan kuat yang mencerminkan personalitinya.
like JENNIE memberi impak besar di Korea apabila terus memasuki carta Melon TOP100 sebaik dilancarkan dan kekal selama sembilan bulan.
Ia juga mencapai kedudukan nombor satu carta harian sebanyak 14 kali, mengukuhkan kedudukan Jennie sebagai kuasa digital yang sukar ditandingi.
Dengan kejayaan album, populariti global dan aura pentas yang kuat, Jennie dijangka menjadi salah satu tumpuan utama di MMA 2025.
Peminat kini menantikan apakah kejutan yang bakal dibawanya di pentas Gocheok Dome nanti.
Sumber: Instagram