Foto: Instagram
Ahli kumpulan sensasi K-pop, Jennie Kim dari BLACKPINK memperkenalkan muka taip baharu dinamakan Zen Serif hasil kerjasama dengan gergasi teknologi, Meta — menjadikannya muka taip Korea pertama yang boleh digunakan dalam aplikasi penyuntingan kandungan, Instagram Edits.
Advertisement
Reka bentuk Zen Serif menampilkan gaya minimalis dan moden, dengan hiasan diminimumkan untuk menonjolkan bentuk tulisan yang kemas dan elegan. Ia direka agar mudah diguna dalam pelbagai konteks visual, termasuk kandungan media sosial seperti Reels, lapor Amanz.
Menariknya, Zen Serif boleh dimuat turun secara percuma menerusi laman rasmi OA Entertainment serta beberapa platform lain. Ia juga diintegrasikan terus dalam aplikasi Edits, membolehkan pengguna menggunakannya dalam penghasilan kandungan kreatif tanpa perlu pemasangan tambahan.
Selain itu, aplikasi Edits turut menerima kemas kini baharu yang meningkatkan pengalaman pencipta kandungan termasuk ratusan kesan bunyi tambahan serta fungsi laporan prestasi Reels dalam format PDF yang boleh dikongsi dengan rakan kongsi atau klien.
Pelancaran Zen Serif bukan sekadar memperkukuh status Jennie sebagai ikon budaya pop global, malah menjadi langkah besar dalam menggabungkan seni reka huruf Korea dengan teknologi digital moden.
Sumber: Instagram