Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bapa Pelakon Terkenal, Jennifer Aniston Meninggal Dunia.

Berita ini disampaikan oleh Jennifer Aniston sendiri dengan memaklumkan bapanya meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Bapa Jennifer, John Aniston pernah membintangi banyak drama termasuk "Search for Tomorrow," "The West Wing" dan "Gilmore Girls". Namanya melonjak naik apabila beliau berlakon sebuah cerita "Days of Our Lives” .

Advertisement

 

"Papa yang manis... John Anthony Aniston. Kamu antara manusia paling baik yang pernah saya kenali. Saya sangat bersyukur kerana kamu kini berada di syurga tanpa kesakitan. Dan pada tarikh 11/11, kerana kamu sentiasa mempunyai masa yang tepat. Angka ini akan kekal selama-lamanya dan memberi makna lebih besar untuk saya. Saya sayang kamu," tulis Jennifer di Instagramnya.

Sekadar info, John pernah memenangi nugerah Emmy bagi kategori pelakon pembantu terbaik menerusi “ Days of Our Lives”.

ERA Muzik Hit Terkini