Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jeon Somin Bakal Meninggalkan Running Man

Program realiti hiburan Korea Selatan, Running Man telah bersiaran sejak 2010 lagi dan telah mengumpul jutaan peminat di seluruh negara termasuk Malaysia.

Namun, satu kenyataan rasmi agensi milik selebriti yang turut terlibat dalam Running Man iaitu Jeon Somin telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan mengundurkan diri dari program hiburan tersebut dan akan merakam episod terakhir pada 30 Oktober ini.

Advertisement

jeon somin bakal meninggalkan running man

“Jeon So Min berfikir dengan serius dan setelah perbincangan yang panjang bersama ahli Running Man, pasukan produksi dan agensi dia memutuskan bahawa dia memerlukan masa untuk berehat supaya dia dapat menunjuk dirinya yang lebih baik" menerusi kenyataan itu.

Walaupun Jeon Somin telah menjadi ahli Running Man selama 6 tahun, namun segala memori tidak akan dilupakan!

ERA Muzik Hit Terkini