Skip to main content

Advertisement

Hiburan

J-Hope BTS Sumbang 100 Juta Won Untuk Mangsa Penderaan Kanak-Kanak Di Afrika

Penyanyi rap dari kumpulan BTS, J-Hope menyumbang sebanyak ₩100 juta won (sekitar RM366,800 ribu) kepada kanak-kanak yang memerlukan di Afrika sempena Hari Kanak-Kanak di Korea.

j-hope bts sumbang 100 juta won untuk mangsa penderaan kanak-kanak di afrika

Advertisement

Menurut Green Umbrella Children’s Foundation, J-Hope menderma sejumlah wang itu untuk menyokong dan membantu kanak-kanak di Tanzania, Afrika yang menjadi mangsa buli dan penderaan.

Selaras dengan Hari Kanak-Kanak yang disambut di tanah airnya, dana ini akan digunakan untuk membina pusat sehenti yang memberi perlindungan buat mangsa penderaan kanak-kanak di situ.

j-hope bts sumbang 100 juta won untuk mangsa penderaan kanak-kanak di afrika

Pusat sehenti itu akan ditubuhkan oleh badan bukan kerajaan dan akan menyediakan pelbagai khidmat kaunseling, rawatan, sokongan moral, mengumpul maklumat berkaitan perihal penderaan yang berlaku di Tanzania.

j-hope bts sumbang 100 juta won untuk mangsa penderaan kanak-kanak di afrika

Penyanyi kelahiran Korea Selatan itu berharap sumbangannya ini dapat membantu kanak-kanak tersebut supaya memperoleh masa depan yang lebih cerah.

“Ramai orang di seluruh dunia sedang bergelut dengan pandemik COVID-19. Terdahulu, saya sumbangkan kepada kanak-kanak di Korea tetapi kali ini saya menyumbang kepada kanak-kanak di luar negara dan berharap masyarakat akan membuka mata akan masalah serius yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak ini,” katanya.

Sumber: Koreaboo

ERA Muzik Hit Terkini