Skip to main content

Advertisement

Hiburan

JYP Sahkan Jihyo Dan Kang Daniel Kini Berpisah

Tular di laman sosial hari ini mengenai kisah perpisahan antara pasangan Jihyo dari kumpulan TWICE bersama Kang Daniel.

jyp sahkan jihyo dan kang daniel kini berpisah

Advertisement

Memetik laporan Soompi, laman Dispatch memberitahu bahawa pasangan ini disahkan berpisah selepas masing-masing tidak bertemu disebabkan sibuk dengan urusan kerja.

Malah, laporan mengatakan bahawa perpisahan ini bagi membolehkan masing-masing memberikan fokus sepenuhkan kepada kerjaya, termasuklah persediaan untuk album.

jyp sahkan jihyo dan kang daniel kini berpisah

Menurut JYP Entertainment, mereka mengesahkan berita berkenaan, manakala pengurusan Kang Daniel pula masih belum melaporkan apa-apa.

Laman Twitter juga menunjukkan carian ‘Jihyo’ dan ‘Kang Daniel’ kini menjadi trending.

jyp sahkan jihyo dan kang daniel kini berpisah

Terdahulu, hubungan antara Jihyo dan Kang Daniel mula diumumkan sejak dari Ogos 2019, dan nyata perpisahan ini turut membuatkan peminat berduka.

Sumber: Soompi

ERA Muzik Hit Terkini