Mohd Nizam Bin Khamis atau lebih dikenali sebagai Jiman casablanca merupakan icon fesyen dan penasihat perhubungan awam meninggal dunia malam semalam akibat kegagalan jantung.
Rakan-rakan artist dan juga sahabat-sahabat arwah mengkongsikan khabar duka ini menerusi akaun instagram mereka masing-masing.
Advertisement

Nabila Huda merupakan sahabat handai arwah juga turut mengkongsikan rasa sedih ini di akaun instagramnya.
“Dukacita dimaklumkan kita kehilangan seorang sahabat, abang dan kesayangan Mohd Nizam Khamis atau lebih dikenali sebagai Jiman Casablancas.
“Didoakan agar Allah mengasihani dan mengampunkan arwah dan menempatkannya di tempat terbaik di syurga. Semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada ahli keluarga yang kehilangan Jiman,” kongsinya.
Jiman juga merupakan penulis dan pengarah kreatif serta pegawai komunikasi jenama pakaian Tarik Jeans.
Selain Nabila, arwah juga pernah menjadi penasihat fesyen kepada Datuk Amy Search. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu 5, Jalan Ipoh. Nabila dalam masa yang sama turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama hadir ke pengebumian arwah yang dijangka diadakan pada 10 pagi ini.
“Kehadiran dan sokongan anda adalah amat dihargai,” tulisnya.