Skip to main content

Advertisement

Hiburan

BTS Jimin Kena Ugutan Bunuh dan Akan Ditembak di Konsert September Ini

bts jimin kena ugutan bunuh dan akan ditembak di konsert september ini

Kecoh dan gempar di media sosial apabila salah seorang anggota kumpulan BTS, Jimin menerima ugutan bunuh daripada seseorang yang tak dikenali. 

Advertisement

Daripada ugutan tersebut, Jimin akan ditembak pada konsert yang akan berlangsung di Fort Worth, Texas pada 16 September ini.
 

"Pihak kami menerima laporan dan tahu ada ancaman yang diberikan kepada anggota BTS pada konsert mereka yang akan diadakan pada bulan september ini.

"Kami pihak polis telah membuka kertas siasatan dan sedang dalam proses siasatan untuk mencari pihak yang memberi ugutan tersebut," kata pihak polis Fort Worth.

Pihak pengurusan BTS juga, BigHit Entertainment tak akan memandang remeh hal ini dan akan melakukan sebaiknya untuk melindungi artis di bawah syarikat rakamannya. 


"Kami akan melakukan yang terbaik dan mengambil semua langkah berjaga-jaga demi keselamatan BTS serta para peminat.

"Sebelum ini kami juga ada menerima ugutan namun perkara itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus melakukan persiapan menjayakan konsert seperti yang dirancang," katanya.

BTS dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook.

Sumber: Astro Awani 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini