Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jisoo Tampilkan Sisi Berbeza Menerusi ‘Earthquake’

jisoo tampilkan sisi berbeza menerusi ‘earthquake’

Ahli kumpulan BLACKPINK, Jisoo telah membuat kemunculan semula melalui albumnya AMORTAGE dan turut melancarkan lagu utamanya berjudul Earthquake.

Advertisement

Susulan daripada itu, peminat turut menunjukkan keterujaan mereka sekaligus menanti-nantikan album mini AMORTAGE ini yang telah dikeluarkan pada 14 Februari 2025, hari ini.

Album mini tersebut memuatkan empat buah lagu yang berbeza genre dan merupakan pertaruhan pertama Jisoo setelah mini album sebelum ini, ME.

Jisoo turut dilihat telah mengeluarkan video muzik untuk single utamanya yang berjudul Earthquake, pada pukul 1 petang waktu tempatan.

Menurutnya, lagu ini agak berbeza dengan single utamanya berjudul Flower. Walaupun kedua-duanya adalah lagu romantis, namun Earthquake mempunyai rasa yang lebih kuat.

Untuk rekod, Album solo ahli kumpulan BLACKPINK, Jisoo berjudul "ME" dilapor mencatat jualan tertinggi dalam kalangan penyanyi solo wanita K-pop pada minggu pertama dilancarkan, lapor Yonhap.

 

Sebanyak 1.17 juta salinan berjaya dijual sejak dilancarkan pada Jumaat lalu, menurut agensi YG Entertainment, memetik data daripada penjejak pasaran muzik tempatan Hanteo Chart.

Lagu utama album itu, "Flower," muncul di Carta Lagu iTunes Seluruh Dunia dan tersenarai dalam carta lagu 'top' di lebih 60 negara, serta di tangga keenam Global Spotify.

 

ERA Muzik Hit Terkini