Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Joe Flizzow Kata, Kita Perlu Jadikan Artis Korea Sebagai Contoh

Baru-baru ini, penyanyi, Joe Flizzow telah memenangi Artis Pilihan Asia Tenggara di MTV Europe Music Awards 2018, menewaskan bintang Asia Tenggara lain seperti Afgan (Indonesia), IV of Spades (Filipina) dan The Sam Willows (Singapura).

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Joe Flizzow (@flizzow) on

Dipetik daripada portal Gempak, Joe berharap agar kejayaannya di peringkat antarabangsa ini akan menjadi inspirasi kepada artis generasi baru untuk mempunyai matlamat dan impian yang lebih besar.

Advertisement

"Kita perlu jadikan artis Korea sebagai contoh, muzik itu adalah universal dan bahasa bukanlah penghalang. Malah 5 single terakhir saya ialah dalam Bahasa Melayu dan itu yang dinilai oleh pihak MTV.

"Artis Malaysia tidak mahu pergi peringkat antarabangsa. Kalau kita tengok artis kebanyakan kira-kira 95 peratus artis Malaysia.

"Mungkin mereka berasa gembira di mana mereka berada atau mereka merasakan bahasa Malaysia tidak boleh diterima di peringkat antarabangsa.

"Saya harap kemenangan saya menjadi inspirasi kepada artis lain. Ini membuktikan muzik itu universal dan  bahasa bukan penghalang. Artis-artis Korea telah membuktikan dan kita harus mengambil contoh,"
katanya.

Sumber: Gempak / Awani

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini