Sumber: mStar Instagram @johanarrif @iqramdinzly
Nampaknya pelakon Johan As'ari pun terkena tempias Iqram Dinzly selepas dilihat menari bersama dalam satu video di Insta Live beberapa hari yang lalu. Ramai netizen menyalah tafsirkan adegan menari tersebut.
Advertisement
Johan pada mulanya ke Ipoh hanya untuk bertemu rakannya itu dan bertanya khabar. Dia menari sekali hanya untuk menghiburkan Iqram.
"Rancangan saya pada awalnya untuk berjumpa Datuk Ustaz Kazim Elias di Ipoh, jadi dalam kesempatan itu saya singgah berjumpa dengan Iqram di rumahnya.
"Saya menari suka-suka sahaja untuk hiburkan Iqram dan saya sedar tentang rakaman secara langsung itu. Saya minta maaf dan tidak sangka pula orang salah tafsir sehingga menjadi tular," menurut mStar Online.
Di kesempatan itu, Johan juga membawa Iqram untuk berjumpa Ustaz Kazim di kediaman penceramah tersebut.