Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Johan dan Zizan Akan Kembali Bergabung

johan dan zizan akan kembali bergabung

Kredit gambar utama : Instagram @zizanrazak869

Advertisement

Bagi peminat yang rindukan kemunculan Johan dan Zizan, korang hanya perlu tunggu tak lama sahaja lagi. Johan mengesahkan yang dia dan Zizan akan bergandingan dalam dua program televisyen. Setelah beberapa tahun tak bersama, Johan mengaku teruja dengan rancangan terbaru tersebut. 

“Insya-Allah ada dua program yang bakal memperlihatkan kami sebagai hos bersama tetapi buat masa ini belum boleh beritahu program apa.

“Memang teruja sebab dah lama tak bergandingan menerusi program televisyen dan peluang diberikan ini adalah rezeki untuk kami.

“Sudah tentu saya menantikan gabungan ini dan berharap ia dapat mengubat kerinduan peminat yang sering bertanya bila kami akan kembali mengacara bersama,” katanya.

Sumber: mStar


 

ERA Muzik Hit Terkini