Menjelang 2019, banyak spekulasi dan teori dari peminat filem Marvel, khususnya dalam filem Avengers 4.
Baca: Avengers 4 Akan Jadi Filem Marvel Paling Lama Di Tayangkan, Lebih 3 Jam
Advertisement
Baca: Marvel Lancarkan Jam Jangka Masa Kepada Filem Avengers 4
Ini termasuk juga berita tentang kontrak Chris Evans yang membawa watak Captain America sebelum ini akan tamat dan beliau juga dilaporkan tidak akan membawa watak itu pada masa akan datang.

Menguatkan lagi ura-ura bahawa John Cena, yang katakan akan menggantikan Chris Evan, bintang WWE tersebut juga dilihat berkongsi gambar perisai Captain America dilaman Instagramnya minggu lalu dengan 1001 tanda tanya.

Rata-rata komen dilihat teruja apabila khabar John Cena akan membawa watak sebagai Captain America.
“Wow kapten baru”
“Adakah anda akan bawa watak Captain Amerika atau menyumbangkan suara sahaja?”
“Sehingga kini saya bukan peminat Captain Amerika tetapi jika awak yang membawa watak ini, saya pasti akan meminatinya”
“Saya setuju Cena sebagai Captain America seterusnya”
Chris Evans sebelum ini juga telah memuatnaik tweet yang mempunyai nada seakan-akan ini kali terakhir dia bersama pasukan Avengers.
Officially wrapped on Avengers 4. It was an emotional day to say the least. Playing this role over the last 8 years has been an honor. To everyone in front of the camera, behind the camera, and in the audience, thank you for the memories! Eternally grateful.
— Chris Evans (@ChrisEvans) October 4, 2018
Sumber: UNILAD
