Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Asyik Kena Serbu, John Cena Tawar Jadi Pengawal Peribadi BTS

Bintang WWE, John Cena dalam laman Twitter miliknya menawarkan diri untuk menjadi pengawal peribadi kepada kumpulan BTS, sekiranya mereka berkunjung ke Amerika Syarikat.

Menurut Koreaboo, John menyampaikan hasratnya itu selepas insiden kumpulan itu diserbu peminat dan keadaan menjadi tidak terkawal hingga menyukarkan BTS untuk keluar daripada lapangan terbang di Taiwan.

Advertisement

Pelawaan John Cena itu mendapat perhatian peminat ARMY (panggilan untuk peminat BTS), dan menyifatkan bintang WWE itu sebagai peminat setia kumpulan tersebut.

John juga mengakui adalah peminat setia BTS dan sering memuat naik status atau gambar kumpulan itu dilaman sosial miliknya.

asyik kena serbu, john cena tawar jadi pengawal peribadi bts

Sumber: Koreaboo

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini