Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Johnny Depp Suka Berendam Dalam Sauna Hingga 538 Celcius Sampai Otak Mendidih

Pelakon yang terkenal dengan watak Kapten Jack Sparrow, Johnny Depp, dilaporkan sering menghabiskan masa lama dalam sauna, sehingga ke tahap maksimum iaitu 538 Celcius.

johnny depp suka berendam dalam sauna hingga 538 celcius sampai otak mendidih

Dipetik daripada portal E! News, bintang berusia 55 tahun itu dilaporkan terlalu menjiwai wataknya sebagai Jack Sparrow dalam siri filem Pirates of the Caribbean.

Advertisement

Selain berendam dalam sauna, Depp dilaporkan sering menghabiskan masa dengan berada di laut dan mendedahkan kepada cuaca panas melampau.

johnny depp suka berendam dalam sauna hingga 538 celcius sampai otak mendidih

“Saya akan duduk dalam sauna selama yang boleh. Saya hanya akan keluar apabila badan rasa sangat panas hingga tidak tertahan, begitu juga otak saya,

“Apabila berada dalam kepanasan seperti itu, saya tidak boleh duduk diam. Namun, ianya lebih teruk sekiranya bergerak.

“Jadi, situasi itu seakan-akan buat otak Kapten Jack ‘mendidih’ apabila suhu terlalu panas,” katanya Depp.

Terdahulu, peminat rata-rata membuat andaian andai pelakon itu sedang sakit kerana dia dilihat terlalu kurus menerusi gambar terbaru Depp.

  

Sumber: E! News

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini