Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Che Puan Juliana Evans Tidak Sangka Tersenarai Individu Paling Berjaya Di Malaysia 2021 - “Saya Mahu Beri Semangat Positif Kepada Orang Lain”

Pelakon, Che Puan Juliana Evans melakarkan sejarah peribadi apabila tersenarai sebagai antara individu paling berjaya di Malaysia bagi tahun 2021.

che puan juliana evans tidak sangka tersenarai individu paling berjaya di malaysia 2021 - “saya mahu beri semangat positif kepada orang lain”

Advertisement

Menurut sebuah ensiklopedia biografi terbitan BritishPedia, Juliana tidak menyangka mendapat pengiktirafan tersebut dan bersyukur apabila tersenarai sebaris dengan individu paling berjaya sebaris dengan nama-nama besar lain seperti  Syed Saddiq (bekas Menteri Belia dan Sukan).

“Alhamdulillah memang saya tidak menyangka tentang pengiktirafan sebesar ini. Perkara ini saya pandang sebagai satu bentuk penghargaan terhadap pencapaian kehidupan termasuk kerjaya dan bisnes yang diusahakan selama ini.

che puan juliana evans tidak sangka tersenarai individu paling berjaya di malaysia 2021 - “saya mahu beri semangat positif kepada orang lain”

“Bila mendapat e-mel tentang perkara ini pada akhir November tahun lalu, hilang kata-kata tetapi semangat saya untuk menyebarkan aura positif dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk terus berjaya semakin berkobar-kobar,” katanya.

Tambahnya, pengiktirafan itu disenaraikan di dalam sebuah buku sama seperti kamus tetapi menyenaraikan wajah-wajah individu berjaya yang disertakan dengan biodata, kerjaya dan pencapaian hidup.

Sumber: Kosmo Online
 

ERA Muzik Hit Terkini