Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Album Gambar Jung Kook BTS Lesap Kurang Daripada 5 Minit!

Fenomena KPOP di seluruh negara memang tak boleh dinafikan hebatnya. Lebih lebih lagi buat kumpulan BTS yang mempunyai berjuta juta peminat di seluruh negara.

Hari ini foto album salah seorang ahli kumpulan KPOP yang dikenali dengan lagu Butter, Jung Kook “Me, Myself and Jung Kook ’Time Difference’ telah dijual. Namun foto album berkenaan telah pun habis terjual tidak sampai 5 minit.

Advertisement

IMG_1954-1.jpg

Foto album tersebut mempunyai beberapa gambar, setem dan beberapa barangan ekslusif Jung Kook di mana ia dijual secara “pre-order” pada 18 August di Weverse Shop. Menurut Big Hit Music, konsep foto album ini berkonsepkan jalan cerita tentang kehidupan seorang manusia yang tidak boleh lagi menjadi normal apabila telah bertukar menjadi Vampire.

Walaupun album foto tersebut sudah pun di restock semula, tetapi masih lagi ada peminat yang tidak berjaya membeli kerana habis terjual.

ERA Muzik Hit Terkini