Foto: Instagram
“Ia bukan sesuatu yang saya boleh kawal,” kata Jungkook ketika mendedahkan bahawa dia disahkan menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Advertisement
Ahli kumpulan BTS itu baru-baru ini muncul dalam siaran langsung di Weverse Live, di mana perbualan santai bersama ARMY bertukar menjadi momen peribadi yang menyentuh hati.
Pada awalnya, Jungkook kelihatan tenang dan bersahaja, berjalan ke sana sini sambil berinteraksi dengan peminat sebelum duduk semula di sofa untuk meneruskan sesi. Namun suasana menjadi lebih emosional apabila seorang peminat meninggalkan komen menyuruhnya berhenti bergerak terlalu banyak.
Menjawab perkara itu, Jungkook mendedahkan bahawa dia menghidap ADHD pada usia dewasa, yang menyebabkan dirinya sukar untuk duduk diam.
“Saya tak boleh elakkannya. Saya ada ADHD, jadi saya terus bergerak macam ni,” akui Jungkook dengan jujur.
jungkook saying he’s neurodivergent he has adhd now everyone can stop commenting weird shit telling him to stop what he can’t control 🫵 pic.twitter.com/h4Gv1RmBcY
— em (@0UTROEGO) August 29, 2025
Sekadar info, ADHD, atau Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), ialah gangguan neurologi yang menyebabkan seseorang sukar untuk fokus, aktif secara berlebihan (hiperaktif), dan bertindak tanpa berfikir (impulsif).
Gejala ini lebih teruk daripada kebiasaan berbanding individu seusianya dan boleh menjejaskan pembelajaran, kerja, serta perhubungan.
ADHD boleh berlaku kepada kanak-kanak hingga dewasa dan ada tiga jenis utama: hiperaktif-impulsif, tidak fokus (inatensi), atau gabungan kedua-duanya.
Sumber: X. Hello Doktor