Foto: X
Ahli kumpulan BTS, Jungkook, kembali menjadi tumpuan apabila namanya terpalit dengan kontroversi terbaharu berhubung dakwaan kononnya dia seorang ‘kaki perempuan’ selepas beberapa video dan gambar yang dikaitkan dengannya tular di media sosial.
Advertisement
Segalanya bermula apabila tersebar sebuah video menunjukkan individu mirip Jungkook memasuki rumah bersama seorang wanita. Rakaman itu pantas mencetuskan spekulasi kononnya penyanyi tersebut kini sedang menjalin hubungan istimewa. Malah, ada yang menuduhnya sering menukar pasangan.
free women from this womanizer https://t.co/KMsWCCNl9B pic.twitter.com/nbq9ee3Llx
— Volvo² (@Bratzequal) November 10, 2025
Tidak lama kemudian, media sosial dibanjiri komen dan tuduhan liar yang melabel Jungkook sebagai ‘womanizer’. Namun, ramai peminat dan komuniti ARMY tampil mempertahankan idola mereka dengan mendakwa video berkenaan telah dimanipulasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tidak mempunyai bukti kukuh.
Beberapa peminat turut menegaskan bahawa tindakan menyebarkan maklumat tanpa pengesahan bukan sahaja boleh merosakkan reputasi artis, tetapi juga menjejaskan privasi dan kesejahteraan mental mereka.
The owner of this account said that it's a fourth girl he brings to his house, and that it's indeed a Busan cycle. https://t.co/IjwDyJBo4J pic.twitter.com/Di4KRUyebA
— sza🎀 (@sza_thv) November 10, 2025
Setakat ini, pihak agensi HYBE masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kontroversi tersebut. Namun, ramai menggesa agar netizen lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai kandungan viral yang berpotensi menimbulkan fitnah terhadap artis terkenal seperti Jungkook.
Sumber: Koreaboo