Skip to main content

Advertisement

Hiburan

BTS Jungkook Terbabit Dengan Kemalangan Langgar Teksi

Salah seorang anggota BTS, Jungkook dilaporkan terbabit dalam satu kemalangan.

bts jungkook terbabit dengan kemalangan langgar teksi

Advertisement

Berita kemalangan itu disahkan oleh agensi Big Hit Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi semalam.

bts jungkook terbabit dengan kemalangan langgar teksi

Menurut satu kenyataan polis pada 4 November, pihak berkuasa dari balai polis Seoul Yongsan juga mengesahkan kemalangan ini dan mengambil keterangan daripada Jungkook.

Jungkook dilaporkan memandu kereta beliau jenis Mercedes-Benz di kawasan perumahan Hannam, daerah Yongsan dan melanggar sebuah teksi.

Jungkook dan pemandu teksi berkenaan hanya cedera ringan dan lebam pada anggota badan.

Punca dan kos kemalangan masih lagi disiasat.

Sumber: Soompi

ERA Muzik Hit Terkini