Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

‘Beliebers’ Teruja, Justin Bieber Umum Konsert Jelajah Dunia Di Malaysia! Harga Tiket Serendah RM 288 Sahaja

Wahhh tak sabarnya!
Muhammad Izwan Zainal
24 Mar 2022, 02:33 PM

Berita gembira buat para peminat penyanyi tersohor global Justin Bieber! Selaras dengan pengumuman kerajaan, Malaysia akan membuka semula sempadan negara bermula 1 April 2022.

Ini bermakna lebih banyak aktiviti, program, pelancongan dan pelbagai persembahan artis antarabangsa bakal menanti semua rakyat Malaysia.

Justin Bieber akhirnya mengumumkan konsert jelajah dunia Justice World Tour akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 22 Oktober ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

‘beliebers’ teruja, justin bieber umum konsert jelajah dunia di malaysia! harga tiket serendah rm 288 sahaja

Malah, jelajah dunia ini juga akan menemui peminat di negara Asia yang lain seperti di Jakarta, Nagoya, Osaka dan Tokyo.

Lebih 100 tarikh telah diumumkan untuk konsert jelajah dunia ini sepanjang tahun 2022 hingga 2023 termasuk di Amerika Syarikat, Eropah, United Kingdom, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Asia dan negara Timur Tengah.

‘beliebers’ teruja, justin bieber umum konsert jelajah dunia di malaysia! harga tiket serendah rm 288 sahaja

Menurut Para R. selaku Pengarah Pengurusan PR Worldwide Sdn Bhd, pihaknya teruja dengan pengumuman tarikh konsert di negara kita dan melihat jauh bagi mempromosikan acara ini.

“Ia seperti tidak percaya apabila kami dapat juga membuat pengumuman hari ini, lebih 2 tahun tidak dapat menganjurkan acara sebegini, kami dengan bangganya mengajak para peminat Malaysia pada Oktober ini untuk sertai Justice World Tour.

“Pihak kami sentiasa menjaga dan mematuhi SOP yang ditetapkan tidak kira terlibat secara langsung atau tidak langsung. Kami juga menggunakan sistem tiket secara digital, teknologi aplikasi telefon pintar bagi memudahkan akses ketika acara nanti dan memastikan semua selamat,” katanya.

‘beliebers’ teruja, justin bieber umum konsert jelajah dunia di malaysia! harga tiket serendah rm 288 sahaja

Justice World Tour merupakan konsert global pertama Justin sejak Purpose World Tour pada 2016 dan 2017 yang lalu.

ERA, HITZ, MY dan GOXUAN selaku radio rasmi untuk konsert jelajah dunia Justin Bieber, Justice World Tour bagi tahun ini.

Para peminat boleh membeli tiket secara dalam talian di laman sesawang www.golive-asia.com bermula Khamis, 31 Mac 2022 pada jam 11 pagi dan harga tiket bermula RM 288 hingga RM 2088.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}