Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ketika Rakyat Duduk Rumah, Sekumpulan Pemburu Haram Ini Sibuk Berburu Di Hutan

Ketika seluruh rakyat Malaysia sedang menjalankan arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan, ada sekumpulan pemburu haram sibuk berburu haiwan di hutan.

ketika rakyat duduk rumah, sekumpulan pemburu haram ini sibuk berburu di hutan

Seorang lelaki berusia 32 tahun telah ditahan sepasukan polis, Tiger Platoon, Team World Wildlife Fund dan Jabatan Hutan Sabah kira-kira jam 12.20 tengah malam Isnin kerana disyaki terlibat dalam pemburuan haram.

Advertisement

"Pasukan operasi mengejar kenderaan tersebut dan menjumpainya di dalam ladang kelapa sawit berhampiran Hutan Ulu Segama.

"Pemeriksaan lanjut pada kenderaan terbabit menjumpai dua ekor bangkai rusa dan dua ekor bangkai pelanduk yang telah dibuang perutnya dipercayai hasil dari pemburuan haram," kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor.

ketika rakyat duduk rumah, sekumpulan pemburu haram ini sibuk berburu di hutan

Bangkai haiwan tersebut telah diletakkan dibelakang kenderaan jenis 4x4 yang ditinggalkan bersama beberapa barangan peribadi suspek seperti kad pengenalan, lesen pemandu, dua buah telefon bimbit dan juga sebilah pisau.

Suspek kemudiannya telah menyerah diri ke IPD Lahad Datu jam 9.10 malam dan mengaku bersalah bersama tiga lagi orang rakannya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(2) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini