Sejak semalam, dilaporkan dua orang pelancong dari Mesir dan Singapura telah disaman akibat merokok dipremis makanan di Johor Bahru.
Nampaknya larangan merokok ini dilihat benar-benar efektif dan 'garang' sejak ia mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2020.
Advertisement

Namun jika anda terlihat mana-mana individu yang masih berdegil, anda boleh jalankan tanggungjawab anda dengan melaporkan kepada pihak berkuasa melalui perkhidmatan WhatsApp.

Pengguna boleh menghantar bukti kesalahan, nama restoran, lokasi dan waktu ia dilakukan ke nombor 010 8608949 atau melakukan panggilan terus ke talian 03 88924530.

Mereka yang melakukan kesalahan itu akan dikenakan denda RM250, namun boleh dikurangkan ke RM150 jika denda itu dibayar dalam tempoh kurang daripada sebulan. Namun jika ingkar, pesalah boleh dikenakan saman maksimum hingga RM10,000.
Larangan merokok di premis makanan tertutup (berhawa dingin) diwartakan sejak 1993.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) December 31, 2019
Bermula 1 Jan 2019, larangan merokok ini diperluaskan di premis makanan terbuka.
Tempoh setahun untuk pendidikan akan berakhir 31 Dis 2019.
1 Jan 2020 bermula penguatkuasaan penuh. pic.twitter.com/UT8bbSUNBp
Sumber: KKMPutrajaya / Sinar Harian