Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Terima Kasih Adul, Mangsa Gua Tham Luang Yang Istimewa

terima kasih adul, mangsa gua tham luang yang istimewa

Kesemua mangsa gua Tham Luang kini sedang mendapatkan rawatan di hospital sekurang-kurang selama tujuh hari. Ada juga antara mereka yang mengalami 'cave dieases' kerana kulat daripada kelawar yang ada di dalam gua. 

Advertisement

Bagaimanapun, daripada semua pelajar yang terperangkap, ada seorang pelajar yang sangat istimewa dan mujur ada Adul -Sam-on, 14, kerana dia lah satu-satunya yang fasih berbahasa Inggeris. Disebabkan Adul fasih, maka mudah untuk Adul dan penyelam pertama yang menemui mereka berkomunikasi. 

terima kasih adul, mangsa gua tham luang yang istimewa

Jadi, ia memudahkan pasukan penyelamat mengetahui keadaan mereka selepas 14 hari berada di dalam gua tersebut. 

Bukan sahaja fasih berbahasa Inggeris, tetapi Adul juga fasih empat lagi bahasa iaitu Thailand, Burma, Mandarin dan Wa (bahasa masyarakat antara Thailand dan Myanmar). Adul lahir daripada keluarga yang sangat miskin. Ibu bapanya meninggalkannya di bawah jagaan seorang paderi gereja lapan tahun lalu atas sebab kemiskinan. 

Namun, walaupun serba serbi susah Adul tetap tekad untuk berjaya dan mahir dalam pelbagai perkara. 


Sumber: Awani 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini