
Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan seorang lelaki warga Israel untuk mengkaji semula dua pertuduhan iaitu memiliki 158 peluru dan memperdagangkan enam pistol yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen hari ini.
Advertisement
Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P Kunyalam, ketika prosiding sebutan kes pembelaan bagi pihak Avitan Shalom, 38, menyerahkan representasi itu pada 8 Julai lalu.
“AGC menolak permohonan mereka, maka saya cadangkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan dalam prosiding lalu akan dikekalkan,” katanya.
Susulan itu, menurut Hakim, Norina Zainol Abidin, pengurusan kes tersebut ditetapkan pada 2 September ini.
Sumber: Sinar Harian