
Kapten Harimau Malaya Aidil Zafuan Abdul Radzak menceritakan terserempak dengan mendiang Shebby Singh ketika mendiang keluar berbasikal petang semalam dan mengakui mendiang kelihatan penat.
Advertisement
Tambah Aidil Zafuan pemergian mendiang pastinya dirasai dalam keluarga bola sepak tanah air.
"Saya menerima berita pemergian mendiang lebih kurang jam 8 malam .. agak terkejut juga kerana petang dalam lebih kurang jam 5.15 petang, saya sempat berselisih dengan mendiang.
“Ketika itu, mendiang baru sahaja mula berbasikal. Saya sempat mengangkat tangan kepada dia, jadi dia pun sempat mengangkat tangan semula dan keadaan dia pun memang nampak penatlah.
Kata Aidil, mendiang sering kali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana beliau memang aktif bersukan.
Sumber: Astro Awani