Memetik artikel pada jurnal Emerging Infectious Diseases, berdasarkan kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), sekumpulan saintis di China telah merumuskan bagaimana sistem penyaman udara di sebuah restoran mampu menyebarkan virus COVID-19.

Rajah di atas menggambarkan A1 sebagai satu-satunya individu yang pada awalnya menghidap wabak pandemik ini, telah menjangkiti sembilan yang lain disebabkan lokasi penyaman udara yang meniupkan partikel udara ke sekiar bilik.
Advertisement
Meskipun mempunyai jarak selamat satu meter, dengan adanya penyaman udara, virus COVID-19 ini bpleh disebarkan melalui titisan udara, yang dalam situasi normal biasanya ia tidak akan terapung.
Penyebaran virus ini disebabkan adanya penghawa dingin yang mendorong udara kuat dari meja C ke meja A sebelum ke meja B dan kembali semula ke meja C.

Penemuan ini sekaligus memberi kesan yang besar kepada pembaharuan sistem penghawa dingin khasnya pada restoran dan kedai makan, lebih-lebih lagi pada pasca COVID-19 nanti.
Antara saranan yang dicadangkan saintis itu adalah menambah jarak antara meja dan juga menaik taraf sistem pengudaraan supaya dapat meminimakan jangkitan antara pelanggan.
Sumber: Business Insider