Banyak tempat menakjubkan di dunia ini yang mungkin kita tak sedar akan kewujudannya.
Sebuah perigi lama yang dikenali sebagai ‘Petrifying Well’ yang terletak di gua Mother Shipton, North Yorkshire, England ini dikatakan mampu menukarkan sebarang objek kepada batu, jika terkena air dari perigi berkenaan.
Advertisement


Banyak objek dapat dilihat berada dibawah saliran air perigi itu seperti anak patung, basikal, cerek dan lain-lain, bertukar menjadi batu selepas beberapa tempoh.



Menurut kepercayaan masyarakat setempat, air dari perigi ini telah disumpah oleh kuasa jahat. Namun, penjelasan saintifik menunjukkan, air daripada sumber galian itu mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi, seterusnya membentuk lapisan keras pada objek yang dilalui oleh air berkenaan, dan membentuk batu.
Sumber: Oddity Central