Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Air Pasang Besar Diramal Landa Selangor Hujung Minggu Ni

Fenomena air pasang besar diramalkan melanda pesisir pantai di lima daerah di Selangor pada Sabtu hingga Isnin ini, serta 15 dan 16 November depan.

air pasang besar diramal landa selangor hujung minggu ni

Advertisement

Lima daerah tersebut adalah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Menurut maklumat, tahap ketinggian maksimum yang dijangkakan boleh mencecah 5.8 meter dan juga pada tahap-tahap tertentu.

Fenomena air pasang besar ini juga boleh mengakibatkan banjir dikawasan-kawasan yang berhampiran dengan laut.

air pasang besar diramal landa selangor hujung minggu ni

air pasang besar diramal landa selangor hujung minggu ni

Sehubungan itu, Kerajaan negeri Selangor kini telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan, termasuk menyediakan 21 pusat pemindahan mangsa banjir disamping patuh juga kepada SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pihak Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar menjauhi kawasan pantai bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini