Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan setakat jam 7.30 pagi tadi, insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih masih lagi dikesan.

Menurut satu kenyataan media Air Selangor memaklumkan pihaknya masih tidak dapat menghasilkan air sebanyak 602 juta liter sehari untuk dibekalkan kepada pengguna di 274 kawasan.
SIARAN MEDIA: HENTI TUGAS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH DAN BUKIT TAMPOI BERIKUTAN PENCEMARAN DI SUMBER AIR MENTAH pic.twitter.com/np8y9y6QVj
— Air Selangor (@air_selangor) October 4, 2020
Advertisement
Pencemaran yang dikatakan mempunyai bau busuk seakan-akan bau bangkai dikawasan berkenaan berada pada tahap 5 TON di Muka Sauk LRA Bukit Tampoi dan 7 TON di Muka Sauk LRA Sg. Semenyih.
LUAS mendapat laporan terdapat bau tidak normal seakan bau bangkai yang dikesan di Sg. Semenyih dan Sg. Langat kira-kira jam 4.30 petang sebentar tadi (4 Oktober 2020). LUAS dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera.
— lembagaurusairsgor (@luas_selangor) October 4, 2020
Ekoran daripada gangguan bekalan air tidak berjadual ini, Air Selangor menyarankan agar pengguna untuk mengambil air alternatif di pili-pili awam kerana bantuan melalui lori-lori tangki diutamakan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.
Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air bersih di Pusat Khidmat Setempat yang disediakan seperti berikut:


Sumber: Air Selangor