Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sejuk Sangat Sampai Jadi Ketulan Ais Atas Puncak Kinabalu

Cuaca sejuk sejak kebelakangan ini yang mencecah sehingga -1 dan -2 darjah Celsius di puncak Gunung Kinabalu, menyebabkan air yang bertakung bertukar menjadi ketulan ais.

sejuk sangat sampai jadi ketulan ais atas puncak kinabalu

Dipetik daripada BH Online, kejadian itu dilaporkan berlaku pada Isnin lalu dan ia amat jarang sekali terjadi.

Advertisement

Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Junaydie Sihan berkata, fenomena ini boleh berlaku dalam dua hingga tiga kali setahun.

sejuk sangat sampai jadi ketulan ais atas puncak kinabalu

Aplikasi ramalan cuaca Malaysia, Met Office, baru-baru ini memaparkan cuaca di Lembah Klang turun sekitar 22 darjah Celsius, manakala cuaca sejuk dan lembap melanda utara Semenanjung dipercayai akibat tempias daripada luruan angin sejuk akibat tekanan tinggi di kawasan China.

Sumber: BH Online

ERA Muzik Hit Terkini