Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Aiskrim Mayonis Jadi Topik Perbalahan, Korang Suka Atau Tak

Kredit gambar utama: ICE Artisan Ice Cream/Instagram

Dah selalu sangat bercakap tentang aiskrim durian, coklat dan vanila apa kata kali ni korang tukar pula kepada aiskrim mayonis. Bunyi pelik tapi aiskrim mayonis antara yang IN tahun ni.

Advertisement

Iya, mayonis bukan sekadar disapu pada burger atau sandwich tetapi korang dah boleh nikmati mayonis dalam bentuk aiskrim, dijual oleh ICE Artisan Ice Cream di Falkirk, Scotland.

Melalui satu post di Instagram kedai ini, ramai yang mula meninggalkan komen pelbagai. Ada yang teruja nak cuba, ada pula yang sifatkan aiskrim ni pelik dan mereka tak sanggup nak cuba.

 

Who knows a mayo addict? #mayonnaise #foodporn #weird #icecream #icefalkirk #foodie #yesorno

A post shared by ICE (@ice_falkirk) on

Macam mana pula dengan korang? Ok ke tak, nak makan ais krim ni?

Kredit: ICE Artisan Ice Cream/Instagram & Huffington Post

ERA Muzik Hit Terkini