Kanazawa Ice., aiskrim yang dicipta oleh sekumpulan penyelidik di Biotherapy Development Research Center Co. di Kanazawa, Jepun, ini dikatakan tidak akan mencair seperti aiskrim biasa.


Advertisement
Mereka tidak menggunakan bahan kimia yang merbahaya untuk menghasilkan aiskrim ini, sebaliknya menggunakan bahan kimia semulajadi daripada ekstrak buah-buahan, iaitu polyphenols. Polyphenols dikatakan mampu membekukan aiskrim dengan cepat, dan disebabkan itu, penyelidik ini menggunakan bahan tersebut sebagai bahan asas menghasilkan aiskrim yang tidak akan cair ini.

Dijual dengan harga 500 yen, aiskrim ini boleh didapati di Osaka, Tokyo dan bandar-bandar besar di Jepun.