
Aji Rachmat Purwanto yang terkenal sebagai pengendali ular berbisa meninggal dunia akibat dipatuk haiwan berbisa itu ketika sesi Latihan.
Advertisement
Aji disahkan meninggal dunia selepas mendapat rawatan selama 2 hari di ICU. Kejadian berkenaan berlaku di Banjarmasin, wilayah Kalimantan Selatan. Bercerita mengenai detik kejadian, ketika itu Aji sedang mengendalikan seekor ular tedung selar tetapi tiba-tiba dia kemudiannya dipatuk haiwan berbisa berkenaan. Aji Rachmat merupakan pengasas dan Ketua Yayasan Ular Indonesia Sioux.
Sumber: Astro Gempak