Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nak Juga Kahwin, Pengantin Akad Nikah Pakai Baju Hujan Elak COVID-19

Bagi mengelakkan terkena jangkitan COVID-19, sepasang pengantin dilihat sanggup memakai baju hujan ketika majlis akad nikah berlansung.

nak juga kahwin, pengantin akad nikah pakai baju hujan elak covid-19

Foto yang dipercayai diambil dari Indonesia itu menunjukkan pasangan pengantin mengenakan pakaian baju hujan selepas pengantin lelaki menunjukkan simptom demam iaitu 38 darjah celsius.

Advertisement

Berikutan itu, pegawai pejabat Urusan Agama Ngadirejo berkata, pasangan berkenaan perlu memakai baju hujan bagi mengekang wabak COVID-19 daripada menjangkiti tetamu lain.

"Sebelum proses ijab kabul berlangsung di rumah pengantin perempuan, pengantin diminta melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

"Apabila mendapati suhu pengantin lelaki cecah 38 darjah celsius, pengantin perempuan dan wali perlu memakai baju hujan," katanya seperti yang dipetik dari Sinar Harian.

Tambah lagi, pengantin lelaki itu juga akan dikenakan perintah kuarantin selama 14 hari seperti yang disarankan petugas perubatan disana.

Sumber: Sinar Harian / Twitter

ERA Muzik Hit Terkini