Siapa yang masih ingat akan seorang pemuda yang membuat tarian rentak lagu Sayang, nyanyian Shae, sekitar tahun 2013 dahulu?

Dikenali sebagai Bobo, beliau pernah mencetuskan fenomena parodi, sehingga disunting oleh sebuah syarikat produksi, Metrowealth Pictures (MiG).
Advertisement

Selepas hampir sedekad, Bobo atau nama sebenarnya Mohamad Farezzul Mohamad Kasim, tampil membuat semula parodi lagu tersebut di TikTok.

Beliau yang kini berusia 27 tahun, mengejutkan warganet selepas lama menghilang, sehingga dilabel sebagai ‘lejen’.
@theonlyonebobo ##duet with @elsaifuddin request anda diluluskan 😂😂..alhamdullilah leher masih virgin hahahaha ##shouldbeme ##fypシ ##fyp ##foryou ##foryoupage
♬ original sound - Elsaifuddin
Menerusi ruangan komen di TikTok, Bobo dikatakan sedang bekerja di sebuah kedai makan di Melaka.


Terdahulu, Bobo pernah dijemput ke Johara Pagi ERA dan melakukan parodi lagu Teman Pengganti, Sayang dan Bosan.
Sumber: TikTok theonlyonebobo