Sejak semalam, aksi memegang anak berdiri dengan sebelah tangan telah mendapat perhatian warganet selepas seorang pelakon bertindak sedemikian keatas anaknya yang berusia empat bulan.
Aksi ini nyata kurang disenangi oleh kebanyakkan netizen, sehingga ia mendapat perhatian Dr Sheikh Muszaphar dan juga Dr Amalina.
Advertisement

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, aksi memegang anak yang berdiri dengan sebelah tangan boleh menyebabkan kaki anak menjadi bengkok kerana tulang bayi yang masih tidak kuat.
Dr. Amalina juga berkongsi foto yang diambil dari laman Public Health Malaysia menyatakan bahayanya membuat aksi sedemikian selain menyebabkan risiko anak terjatuh serta patah tulang.
Please DO NOT do this at home! Picture credit : Public Health Malaysia pic.twitter.com/czkTUQ9Qay
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) October 14, 2019
Rata-rata komen daripada warganet bersetuju dengan komen dan pendapat yang diberikan oleh kedua-dua doktor ini selain menyarankan agar orang ramai agar tidak meniru aksi sedemikian.
When you thought this is common sense & don’t need to be a parent/doctor to know, but common sense isn’t so common after all. 🤦🏻♀️
— yuryeong (@yuryeong) October 14, 2019
I pernah tgk medical doctor post video buat cmtu gk kt anak die..bini die tu kire retis la jgk..so this post kalo die nmpk mngkin akan mengigatkan tindakan sarkas die tu 👍👍👍
— Syafiq (@syafiq790duke) October 14, 2019
buatnya jadi apa apa nyesal tak sudah. minta dijauhkan lah
— شمس الامر 🥥 (@shamsulamar) October 14, 2019
Sumber: Twitter