Permainan video bolasepak popular dunia, FIFA, akan hadir kepada orang ramai dengan siri terbaru FIFA21 tidak lama lagi.
Apa yang menarik mengenai FIFA21 kali ini adalah kelibat pemain Malaysia dalam Liga Belgium iaitu Luqman Hakim Shamsuddin (@luqmansham_10).
Advertisement

Menerusi akaun @gb_gamesbond, Luqman yang bermain untuk pasukan KV Kortrijk mempunyai kelajuan dan aksi yang cukup lincah, sama seperti diatas padang.

Dalam perkembangan lain, Johara Pagi ERA juga telah terpilih antara wakil Malaysia dalam skuad Asia Tenggara Volta Football FIFA 21, bersama-sama OOHAMI selaku Captain FUT Malaysia dan Gamesbond dari Malaysia.

Baca: Johara Antara Wakil Malaysia Dalam Skuad Asia Tenggara Volta Football FIFA 2021!